Pasangan Pengasas Fashionvalet Akan Didakwa Khamis Ini - Azam Baki

03/12/2024 10:49 PM

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) --  Pasangan pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) yang dikaitkan dengan kes kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis ini.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata pihaknya telah menahan pasangan terbabit hari ini dan telah diberikan jaminan untuk hadir ke mahkamah.

Pada 28 Nov lepas, SPRM telah melengkapkan siasatan berhubung pelaburan beberapa entiti kerajaan dalam syarikat pengendali platform e-dagang itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Khazanah untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet.

Pengerusi Khazanah itu berkata arahan tegas tersebut sebagai memaknai pengumuman beliau sebelum ini yang mengarahkan Jabatan Audit Negara melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan.

Pada 2018, Khazanah dan PNB telah melabur masing-masing RM27 juta dan RM20 juta untuk pegangan minoriti masing-masing dalam FashionValet.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan