KOTA BHARU, 16 Dis (Bernama) -- Polis memburu seorang lelaki tempatan disyaki terbabit dalam rompakan menggunakan senjata api di sebuah kedai runcit di Kampung Permatang Pusu, Melor, di sini 9 Dis lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata dalam kejadian pukul 10 malam itu, suspek mengacukan objek menyerupai pistol ke arah mangsa yang berada di kaunter kedai runcit berkenaan sambil memintanya menyerahkan wang.
Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati suspek berusia 40-an, berketinggian kira-kira 152 sentimeter dan bertubuh kurus.
"Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 10 Dis lepas dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
"Saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nur Rabiatul Nabilah Rebinor di talian 017-8772106 atau 09-7752200," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial