POLIS MINTA BANTUAN ORANG RAMAI KESAN REMAJA PEREMPUAN HILANG

16/12/2024 10:59 PM

KUANTAN, 16 Dis (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang, dengan kali terakhir dilihat di rumahnya di Taman Sri Inderapura, Jalan Kuantan–Pekan di sini semalam.

 Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata laporan kehilangan Nur Soleeha Sorfina Zabri dibuat oleh ibunya kira-kira 8.49 malam tadi.

Beliau berkata wanita itu menyedari kehilangan anaknya kira-kira pukul 3 pagi apabila mendapati mangsa yang sudah tidak bersekolah tiada di dalam biliknya. 

“Pengadu telah mencari di sekitar Kuantan, tetapi gagal menjumpai anak perempuannya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan menerusi talian 09-5652089.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan