KEPALA BATAS, 18 Dis (Bernama) -- Polis Pulau Pinang melupuskan pelbagai barang kes berjumlah RM1.52 juta melibatkan 506 kes sejak 2021 hingga hingga tahun ini, kata Pemangku Ketua Polis negeri Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin.
Beliau berkata kesemua barangan itu melibatkan kes di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang dan telah mendapat perintah pemusnahan di bawah Kanun Prosedur Jenayah kerana telah selesai prosedur di mahkamah.
"Pada hari ini, barang yang dilupuskan ialah 1,337 pelbagai peranti barang kes bitcoin, rokok sebanyak 2,360 unit karton, 700 unit karton arak membabitkan kes kontraban dan 494 unit pelbagai barangan bagi kes am," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pelupusan dilakukan di dataran stor barang kes berpusat Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Utara (SPU), di Jalan Kedah di sini yang turut dihadiri Ketua JSJ negeri SAC Zailani Amit.
Menurut Mohd Alwi pelupusan dilakukan menggunakan kaedah e-sisa sejajar dengan prosedur Jabatan Alam Sekitar sekali gus menyahut pelaksanaan inisiatif amalan hijau dan aplikasi teknologi hijau.
Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak terbabit dengan sebarang kegiatan jenayah yang melibatkan elemen kontraban, perjudian dan melombong mesin bitcoin.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial