BUTTERWORTH, 20 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas 27 tan produk sosej sejuk beku bernilai RM37,617 di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara di sini hari ini.
MAQIS Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan pemeriksaan ke atas sebuah kontena dari China mendapati dokumen import mengelirukan dengan pengimport mengisytiharkan konsainan dagangan yang dibawa masuk itu daripada jenis Frozen Cuttlefish Intestines.
"Hasil keputusan analisis sampel melalui kaedah analisis Deoxyribonucleic Acid (DNA) mendapati konsainan berkenaan mempunyai DNA ayam, berbeza dengan kandungan yang diisytiharkan.
"Kemasukan sosej tanpa pengesahan Sijil Kesihatan Veterinar dan Sijil Halal boleh menyebabkan risiko kemasukan makanan berasaskan haiwan yang dikhuatiri kesahihan dalam aspek keselamatan agromakanan dan halal," menurut kenyataan itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial