KOTA BHARU, 20 Dis (Bernama) -- Polis Kelantan menerima 23,000 laporan kerosakan melibatkan aset milik pasukan keselamatan akibat bencana banjir baru-baru ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Beliau berkata kerosakan itu antaranya membabitkan kenderaan, balai dan pondok polis serta pos Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerugian dianggarkan bernilai RM2.1 juta berdasarkan penilaian oleh pihak Jabatan Kerja Raya.
“Bencana banjir telah menyebabkan banyak balai polis ditenggelami seperti di daerah Pasir Mas dan Tumpat.
“Selain itu, kita turut menerima laporan tujuh kes jenayah di pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan banjir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Pada majlis itu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan menyerahkan sumbangan kepada warga Polis Diraja Malaysia yang terjejas.
Baginda turut berkenan mendengar taklimat ringkas berkaitan perkembangan terkini banjir oleh Mohd Yusoff.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial