Polis Mohon Bantu Kesan Nur Aleeyah Qistina

24/12/2024 04:21 PM

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, Nur Aleeyah Qistina Mohammad Adzham yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kali terakhir Nur Aleeyah Qistina dilihat adalah pada petang Sabtu di kawasan blok A-2-2 Apartment Bangi Idaman, Seksyen 5C/5 Bandar Baru Bangi, Selangor. 

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Nur Aleeyah Qistina pada 2.20 petang Ahad lepas. 

Nur Aleeyah Qistina berketinggian kira-kira 155 sentimeter, berbadan gempal dan berambut panjang serta memakai kemeja-T warna coklat ketika kali terakhir dilihat. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat dimohon tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerusi talian 03-8911 4222, atau penolong pegawai penyiasat Sjn Mohd Khairul Hafiz Abd Ghani di talian 018-4027665. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan