Curi Kabel Di IPTS, Tiga Lelaki Ditahan

24/12/2024 07:34 PM

PUTRAJAYA, 24 Dis (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki tempatan kerana disyaki terlibat mencuri kabel di sebuah institut pengajian tinggi swasta di Kajang, Selangor pada 8 Dis.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata kesemua lelaki berusia antara 30 hingga 40-an itu, ditahan pada 10 malam pada Sabtu lepas di sekitar kawasan berkenaan.

“Polis merampas beberapa jenis kabel, peralatan memotong kabel serta sebuah kenderaan jenis Perodua Axia disyaki digunakan untuk kegiatan berkenaan,” katanya.

Norhizam berkata siasatan mendapati kesemua mereka mempunyai rekod jenayah lampau dan disahkan positif dadah.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan