Polis Kesan Saksi Perbicaraan Kes Dadah

24/12/2024 09:13 PM

KUANTAN, 24 Dis (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang wanita tempatan bagi membantu perbicaraan kes pengedaran dadah di Mahkamah Tinggi Kuantan di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pihaknya sedang mengesan Nurfatihah Jeffry, 24, dengan alamat terakhir di 2105 Rumah Kakitangan TNB, Temerloh.

Beliau berkata wanita berkenaan adalah saksi bagi perbicaraan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat saksi tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Iskandar Nadzarudin di talian 018-3111944 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan