Suri Rumah Rugi RM147, 753 Terpedaya Kerja Dalam Talian

25/12/2024 12:41 PM

KUANTAN, 25 Dis (Bernama) -- Seorang suri rumah berusia 38 tahun kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial di Bera pada pertengahan Disember lepas. 

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa tertarik untuk menyertai tawaran kerja dalam talian menggunakan platform dikenali 'Hand Craft Group 049' pada 13 Dis lepas yang menjanjikan keuntungan lumayan bagi setiap produk dijual di Telegram. 

Mangsa telah diberikan pautan bagi melakukan setiap tugasan berkenaan bagaimanapun suspek kemudian mengarahkan wanita itu membuat semula kerja kraf tangan itu kerana kononnya terdapat kesilapan. 

“Dalam pada itu, mangsa juga telah membuat bayaran dengan 28 transaksi ke sembilan akaun bank berbeza untuk mendapatkan semula pautan daripada suspek.

“Mangsa mula menyedari ditipu apabila suspek mengatakan mangsa berjaya mendapat komisyen sebanyak RM200,000 tetapi gagal ditebus sehingga mengalami kerugian. Kesemua transaksi itu menggunakan wang simpanan sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan