Guru Wanita Dilaporkan Hilang Ditemukan Di Teluk Intan

26/12/2024 08:11 PM

IPOH, 26 Dis (Bernama) -- Polis mengesahkan guru wanita berusia 43 tahun yang dilaporkan hilang sejak 10 Dis lepas ditemukan selamat di Teluk Intan, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihak polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.

"Hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian OH (orang hilang) ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau berkata pihak polis daerah Ipoh mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat dan mendapatkan khidmat polis dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-254 2222.

Pada 21 Dis lepas, polis meminta bantuan orang ramai mengesan wanita yang dilaporkan hilang sejak 10 Dis lepas setelah laporan kehilangan itu dibuat oleh adiknya di Balai Polis Tampoi, Johor.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan