Polis Serdang Lupus Barang Kes Bernilai RM1.8 Juta

27/12/2024 11:47 AM

SERDANG, 27 Dis (Bernama) -- Polis Serdang melupuskan pelbagai barang kes melibatkan peralatan perjudian, barangan kontraban, rokok dan mesin simulator bernilai RM1.8 juta.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. Anbalagan berkata ia terdiri 353,400 unit barang kes membabitkan 336 kertas siasatan yang diselesaikan antara 2016 hingga 2023. 

“Keseluruhan pelupusan ini meliputi barang kes perjudian berjumlah 168 unit komputer riba, 59 unit tablet, 32 modem dan router, 14 mesin simulator dan 612 lain-lain unit barang kes manakala barangan kontraban pula terdiri 352,515 kotak pelbagai jenama rokok,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pada sidang media berhubung pelupusan barang kes peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini hari ini yang turut dihadiri Hakim Mahkamah Seksyen Petaling Jaya Noor Ruzilawati Mohd Nor. 

Anbalagan berkata pelupusan itu dijalankan mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN D207) dan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 407A Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).

“Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos penyelenggaraan dan mengatasi masalah ruang simpanan barang kes yang mendatang,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan