Kontraktor Rugi Lebih RM100,000 Angkara Sindiket Pelaburan Tidak Wujud

30/12/2024 05:57 PM

KUALA TERENGGANU, 30 Dis (Bernama) -- Seorang kontraktor terpaksa berputih mata apabila kerugian RM135,505 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa seorang lelaki berusia 60 tahun, telah berkenalan dengan seorang wanita di aplikasi WhatsApp pada 22 Nov.

Beliau berkata suspek memujuk mangsa yang berasal dari Chendering untuk menyertai satu skim pelaburan, dengan dijanjikan pulangan keuntungan lumayan.

“Sepanjang tempoh perkenalan, mangsa membuat 11 kali transaksi ke empat akaun berlainan mengikut arahan suspek, dengan jumlah keseluruhan RM135,505.

“Bagaimanapun, setelah menunggu sekian lama mangsa tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan dan membuat laporan polis petang semalam,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan