BATU PAHAT, 5 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 3,080 gram (g) dadah jenis syabu bernilai RM96,000 di sebuah rumah di Jalan Simpang Lima, di sini pada Khamis lepas.
Ketua Polis daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pada 11.30 pagi bersama tiga bungkusan syabu masing-masing seberat 1,010g, 1,030g dan 1,040g.
“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine namun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrulanuar Mushaddat berkata modus operandi sindiket pengedaran dadah ini adalah dengan membawa masuk dadah ke Malaysia sebagai lokasi transit sebelum dibawa untuk pasaran di negara jiran di bahagian selatan dan pihaknya percayai sindiket mulai aktif beroperasi sekitar Disember lepas.
Beliau berkata polis turut menyita sebuah motosikal bernilai RM3,000 dan suspek ditahan reman hingga & Jan ini untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial