SPRM Kesan Tujuh Individu Bantu Siasatan Kes Tuntutan Palsu

02/01/2025 04:09 PM

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tujuh individu bagi membantu kes di bawah kesalahan Seksyen 18 Akta SPRM 2009 melibatkan tuntutan palsu.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua individu lelaki itu ialah Liang Hwa Keong, 68; Kong Sian Chee, 57; Leong Thien Poh, 63; Ong Chee Heong, 60; Lim Hoon Woon, 48; Teng Wan Peng, 50; dan Teng Wan Loong, 51.

Alamat terakhir semua individu berkenaan direkodkan di sekitar Kuala Lumpur, Rawang dan Sungai Buloh.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat penguasa Khairul Ariffin Ghazali di talian 012-3235996 atau e-mel kepada khairulariffin@sprm.gov.my,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan