NGO Buat Laporan Polis Terhadap Dua Individu Didakwa Fitnah PM

03/01/2025 08:30 PM

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SGGMSR) membuat laporan polis terhadap dua individu termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang mereka dakwa telah memuat naik hantaran berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Jurucakapnya Shahbudin Embun berkata hantaran itu mendakwa Anwar menyokong aktivis Iswardy Morni yang disabitkan kesalahan hasutan dan menghina Yang-di Pertuan Agong pada 30 Dis lepas.

“Mereka (dua individu terlibat) meracuni pemikiran rakyat dan hantaran tersebut telah tular bukan sekadar di Malaysia tapi di seluruh dunia. Ini adalah satu kesalahan memfitnah,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Shahbudin mendakwa ia juga bukan kali pertama individu berkenaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri di media sosial, yang boleh disifatkan hendak merosakkan reputasi pemimpin negara dan kerajaan. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan