IPOH, 3 Jan (Bernama) -- Dua lelaki tempatan ditahan kerana disyaki mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata kedua-dua suspek berusia 19 dan 23 tahun ditahan secara berasingan oleh anggota petugas dari Balai Polis Bersia yang menjalankan rondaan cegah jenayah.
Beliau berkata tangkapan pertama terhadap lelaki berusia 23 tahun oleh anggota melakukan tugas rondaan cegah jenayah kira-kira 12.45 tengah malam yang menahan sebuah kereta jenis Perodua Aruz dalam keadaan mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan menjumpai gumpalan kabel tembaha yang telah dibakar serta beberapa peralatan memotong kabel,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zulkifli berkata hasil siasatan lanjut telah membawa kepada penahanan seorang lagi suspek berusia 19 tahun kira-kira 2 pagi hari sama, di tepi jalan Kampung Bandariang.
Beliau berkata kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan ke bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial