Lelaki Tempatan Ditahan Simpan, Jual Mercun Tanpa Permit

03/01/2025 09:29 PM

GEORGE TOWN, 3 Jan (Bernama) -- Polis Marin menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki menyimpan dan menjual mercun tanpa permit di sebuah rumah di Kampung Koh dekat Setiawan, Perak.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu ACP Rusley Chi Ari berkata suspek berusia 38 tahun itu ditahan sepasukan anggota Unit Risikan Marin (URM) Kampung Acheh, Perak yang menjalankan Op Musim Perayaan Tahun Baharu Cina antara 11 malam semalam hingga 2 pagi tadi.

“Dalam serbuan itu pihaknya turut menemukan 29 kotak mengandungi 655 bungkusan mercun pelbagai jenis yang disimpan di dalam bilik rumah berkenaan bernilai RM25,150,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusley berkata berdasarkan siasatan suspek dipercayai mula aktif dalam aktiviti penjualan mercun sejak dua minggu lepas dan dipercayai mengedar mercun terbabit kepada kedai runcit di kawasan berdekatan.

Bagaimanapun, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Suspek dan barangan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Manjung untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan