Polis Tahan Buruh Binaan Disyaki Bunuh Wanita Akibat Cemburu

04/01/2025 03:36 PM

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Seorang buruh binaan warganegara Bangladesh ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita di sebuah hotel di Taman Mawar, Puchong pada 31 Dis lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A. Anbalagan berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya pada 4.30 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu merupakan kenalan mangsa dan mengaku membunuh kerana cemburu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata lelaki terbabit direman hingga 10 Jan ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis menerima laporan berhubung penemuan mayat seorang wanita warganegara Indonesia berusia 39 tahun dalam keadaan berlumuran darah di hotel berkenaan pada 10.15 malam, Selasa lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan