Lelaki Cedera Dalam Kebakaran Lapan Gerai Makan Di Skudai

05/01/2025 10:48 PM

JOHOR BAHRU, 5 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki melecur pada tangan kiri dalam kebakaran membabitkan lapan gerai makan di Taman Sri Puteri, Skudai di sini, petang tadi.

Komander Operasi Kanan Penolong Kanan Penguasa Bomba TC Saifulbahari Safar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.44 petang.

Beliau berkata susulan itu, dua 'Fire Rescue Tender' (FRT), sebuah 'Compact Fire Rescue Tender' (CFRT) dan sebuah Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Iskandar Puteri serta Larkin digegaskan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran itu telah memusnahkan 90 peratus daripada keseluruhan gerai nombor satu hingga tujuh, 50 peratus gerai nombor lapan dan 95 peratus sebuah motosikal jenis Yamaha R15,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mangsa yang merupakan peniaga berumur 37 tahun mengalami kelecuran satu peratus dan diberikan rawatan awal oleh petugas EMRS, katanya.

Operasi ditamatkan pada 7.05 malam.

-- BERNAMA  

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan