Polis Tahan 447 Individu Dalam Ops Hawk Tiga Hari Di Pahang

11/01/2025 04:06 PM

KUANTAN, 11 Jan (Bernama) -- Polis menahan 447 individu termasuk 27 warga asing atas pelbagai kesalahan dadah dalam Ops Hawk selama tiga hari di Pahang berakhir semalam, kata Ketua Polis Negeri Datuk Seri Yahaya Othman. 

Beliau berkata kesemua mereka yang berumur 18 hingga 60 tahun itu ditahan dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri.

“Sebanyak 240 serbuan dengan 525 pemeriksaan dijalankan dalam operasi itu dan daripada 447 yang ditahan, 61 membabitkan kesalahan bekalan dadah, 113 memiliki dan 273 lagi berkaitan ujian saringan urin,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata JSJN negeri turut memberkas tiga individu di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985. 

Yahaya berkata operasi turut menyaksikan dua buah kereta dan enam motosikal bernilai RM67,953, disita selain syabu 202.54 gram (g), heroin 146.05g, ganja 4.64g, pil yaba 48.14g, daun ketum 40.5 kilogram dan air ketum 90.2 liter dengan anggaran keseluruhan RM40,440, dirampas. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan