Kanak-kanak Enam Tahun Lemas, Jatuh Sungai Ketika Memancing

20/01/2025 09:50 PM

KOTA BHARU, 20 Jan (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan lemas di dalam sungai di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata Muhammad Bashir Mohd Arman dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu ketika memancing bersama abangnya kira-kira pukul 9 pagi.

"Ketika sedang memancing mangsa tergelincir ke dalam sungai dan cuba dibantu oleh abangnya namun gagal.

"Bapa mangsa, Mohd Arman Remli, 39, yang mengetahui kejadian tersebut kemudiannya terus menghubungi pihak bomba untuk tindakan seterusnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi mencari yang dijalankan oleh pihak bomba dan polis telah menemukan mangsa kira-kira pukul 1 tengah hari di lokasi kanak-kanak itu terjatuh.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Bachok. Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk bedah siasat dan kes setakat ini diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan