Abang Lemas Cuba Selamatkan Adik Jatuh Tali Air Di Bachok

28/01/2025 12:55 AM

KOTA BHARU, 27 Jan (Bernama) -- Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Mohd. Zamizi Muhamad berkata Muhamad Amirul Mukminin Zehan, 17, ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat pada pukul 8.25 malam.

Bagaimanapun, katanya, adiknya, Muhammad Asadullah Zehan, 13, masih belum ditemui dan operasi pencarian sedang diteruskan oleh pasukan tersebut.

Menurutnya pihak bomba menerima panggilan kecemasan melalui Sistem MERS 999 pada pukul 6.36 petang sebelum anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila Muhammad Asadullah terjatuh terlebih dahulu ke dalam tali air. Abangnya, Muhamad Amirul Mukminin, bertindak terjun untuk menyelamatkan adiknya tetapi turut lemas dalam tragedi tersebut,” katanya ketika dihubungi.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan