KUALA TERENGGANU, 28 Jan (Bernama) -- Sebanyak 25 kematian akibat lemas direkodkan di seluruh negeri ini sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Nor Mahathir Muhamad.
Beliau berkata jumlah itu bagaimanapun lebih rendah berbanding 2023 yang menyaksikan 29 nyawa terkorban disebabkan insiden di air.
“Keseluruhannya 26 kes lemas dicatatkan pada 2024 membabitkan pelbagai lokasi seperti di sungai, pantai dan air terjun, antaranya di daerah Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Besut,” katanya selepas Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Terengganu 2025 di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya kekal dalam mod siap siaga menghadapi sebarang kes kemalangan di air memandangkan Monsun Timur Laut (MTL) yang masih belum berakhir.
Nor Mahathir berkata kesiapsiagaan pihaknya membabitkan rondaan di sepanjang pesisir pantai dengan ombak dan taburan hujan yang masih tinggi ketika ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial