JOHOR BAHRU, 30 Jan (Bernama) -- Sejumlah 24 motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Syaban, Kampung Bendahara, di sini awal pagi tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau Muhamad Syahhir Ikhwan Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.56 pagi dan dua jentera bersama dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati berlaku kebakaran membabitkan sebuah bengkel yang musnah 80 peratus.
“Turut terbakar ialah 24 buah motosikal. Kebakaran tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi pemadaman tamat pada 5.30 pagi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial