KUANTAN, 5 Feb (Bernama) -- Polis menahan seorang pekerja ladang bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh di sebuah kedai di Bukit Sekilau, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek berusia 29 tahun itu yang juga kenalan mangsa ditahan di lokasi kejadian kira-kira 8.30 malam.
Beliau berkata lokasi kejadian berlaku di premis menjual pendingin hawa milik mangsa yang berusia 38 tahun dan berasal dari Sri Jaya, Maran.
“Kami menerima panggilan daripada ibu mangsa mengenai kematian anaknya sekitar 3 petang semalam. Sejurus itu, sepasukan polis dibantu unit forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang bersama pakar patologi forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan telah ke lokasi.
“Siasatan lanjut mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa dan bertindak atas siasatan awal, pihak polis menahan seorang lelaki untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Mohd Zahari berkata pekerja ladang itu yang dipercayai individu terakhir dilihat bersama mangsa direman selama tujuh hari hingga 11 Feb bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial