Imigresen N. Sembilan Tahan 116 Pendatang Tanpa Izin Di Dua Lokasi

07/02/2025 07:08 PM

SEREMBAN, 7 Feb (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan menahan 116 pendatang tanpa izin atas pelbagai kesalahan menerusi operasi di kilang bata di Kuala Pilah dan tapak pembinaan bangunan industri di Port Dickson, semalam.

Pengarahnya Kennith Tan Ai Kiang berkata kesemua yang ditahan dalam operasi bermula 8.30 pagi hingga 5 petang itu berusia lingkungan 20 hingga 55 tahun, terdiri daripada 15 warga Indonesia termasuk dua wanita, Bangladesh (74), China (11), Pakistan (9), India (5) dan Myanmar (2)

Beliau berkata kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Semasa serbuan tersebut terdapat pendatang asing yang cuba melarikan diri termasuk terjun dari siling kerangka tapak bangunan namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Selain itu, ada yang bertindak bersembunyi di celah dinding konkrit bangunan pembinaan yang sempit bagi mengelak daripada dicekup. Bagaimanapun, kesemua berjaya ditahan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan kemudian dihantar ke Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan