PGA Rampas Baju Sukan Tiruan Pelbagai Jenama Bernilai RM61,000

26/02/2025 09:19 AM

KOTA BHARU, 26 Feb (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 405 helai baju sukan tiruan pelbagai jenama bernilai RM61,000 dalam Ops Taring Wawasan di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan pada 2.30 petang apabila pihaknya menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan operasi berkenaan.

Beliau berkata kesemua baju yang ditemukan dalam kenderaan berkenaan dipercayai tiruan selepas polis membuat rujukan dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

"Pemandu kenderaan berkenaan seorang wanita berusia 60 tahun yang dipercayai menjadi penghantar baju itu ke pasaran tempatan turut ditahan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 100 Akta Cap Dagangan 2019.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan