PGA Rampas Mercun Seludup Bernilai RM150,000

04/03/2025 12:45 PM

KOTA BHARU, 4 Mac (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai RM150,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Dendang Timur, Ketereh di sini semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata kesemua mercun itu ditemukan di dalam rumah berkenaan ketika anggotanya menjalankan Op Taring Wawasan kira-kira 1 tengah hari.

Beliau berkata hasil pemeriksaan menemukan beberapa kotak mengandungi mercun pelbagai jenis disyaki diseludup masuk dari Thailand di dalam rumah suspek berusia 50 tahun.

“Mercun itu disyaki untuk dijual ke pasaran tempatan sepanjang Ramadan dan Aidilfitri ini, dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

“Suspek dan hasil rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan