SHAH ALAM, 4 Mac (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung ugutan jenayah semasa mesyuarat agung tahunan sebuah parti politik di Kuala Selangor, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Azaharudin Tajudin berkata suspek berusia 45 tahun itu ditahan di sekitar Kuala Selangor pada 4.15 petang semalam.
“Lelaki itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita yang mendakwa telah menerima ugutan jenayah semasa menghadiri mesyuarat agung tahunan parti politik itu,” katanya menerusi satu kenyataan yang disiarkan di Facebook Polis Kuala Selangor.
Azaharudin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk hadir ke balai polis berdekatan atau menghubungi bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di talian 03-3289 1222.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial