PGA Rampas Minuman Keras Bernilai Lebih RM800,000

06/03/2025 11:35 AM

KUANTAN, 6 Mac (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras dianggarkan bernilai RM877,000 dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Chui Yin, Bentong dekat sini semalam.

PGA Briged Tenggara dalam hantaran di Facebook rasminya memaklumkan, dalam serbuan menerusi Op Taring Alpha 2 kira-kira 1 tengah hari, pihaknya merampas 4,000 botol minuman keras pelbagai jenama serta menahan seorang lelaki berusia 49 tahun.

“Hasil pemeriksaan, terdapat seorang lelaki berada di kaunter premis dan sebanyak 4,000 botol minuman keras pelbagai jenama ditemui di dalam premis tersebut. Minuman keras ini dipercayai untuk dijual ke pasaran tempatan. 

“Semakan melalui sistem oleh Jabatan Kastam Bentong mendapati semua minuman keras ini agak meragukan,” menurut hantaran itu. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan suspek serta hasil rampasan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan