MELAKA, 7 Mac (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Jasin terus menurun kepada 32 orang daripada 11 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 180 orang daripada 50 keluarga 4 petang tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata kesemuanya berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) manakala PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum telah ditutup pada 8 malam ini.
“Sebanyak 25 orang daripada lapan keluarga ditempatkan di PPS SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub manakala di PPS Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu kekal tujuh orang daripada tiga keluarga," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa yang terjejas ialah penduduk dari Kampung Kilang Berapi Utara, Kampung Kilang Berapi Barat, Kampung Merlimau Pasir, Kampung Asam Kumbang dan Batu Gajah.
Semalam media melaporkan daerah Melaka Tengah dan Jasin terjejas banjir susulan hujan lebat berterusan lebih satu jam bermula 11 malam Rabu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial