Polis Siasat Video Bekas Ahli Parlimen Didakwa Fitnah Anwar, Saifuddin Nasution

08/03/2025 05:19 PM

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Polis sedang menyiasat kemunculan sebuah video dimuat naik oleh seorang bekas Ahli Parlimen, yang dipercayai memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkaitan kes rasuah melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan dijalankan selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki mewakili sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira 12.06 tengah hari semalam. 

“Kita akan meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenal pasti pemilik akaun terbabit.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, tular video seorang bekas Ahli Parlimen yang membuat kenyataan disyaki memfitnah Anwar dan Saifuddin Nasution berkaitan siasatan kes rasuah melibatkan Ahli Parlimen Bera yang merupakan bekas Perdana Menteri itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan