MBPP Sita Barangan, Peralatan Perniagaan Di Premis Beroperasi Tanpa Lesen

08/03/2025 08:20 PM

GEORGE TOWN, 8 Mac (Bernama) -- Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyita pelbagai barangan dan peralatan perniagaan di sebuah premis makanan yang beroperasi tanpa lesen di kawasan kediaman di Sungai Ara, dekat sini hari ini.

MBPP dalam kenyataan memaklumkan antara disita dalam operasi bermula 9 pagi itu ialah papan tanda perniagaan, kerusi, meja makan, tong gas dan rak penyimpanan peralatan makanan.

"Tindakan penguatkuasaan itu diambil mengikut Undang-Undang Kecil (Establisymen Makanan) Majlis Perbandaran Pulau Pinang 1991 iaitu pengusaha didapati mengendalikan aktiviti perniagaan tanpa memiliki lesen yang sah.

“Semua barangan dan peralatan yang disita dibawa ke stor untuk tindakan selanjutnya," menurut kenyataan itu.

MBPP memaklumkan pihaknya akan meneruskan tindakan tegas penguatkuasaan dan undang-undang kepada pengusaha yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa memiliki lesen yang sah daripada pihak berkuasa tempatan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan