PGA Rampas RM4.57 Juta Makanan Sejuk Beku, Tahan 16 Individu Di Sabah

09/03/2025 03:10 PM

KOTA KINABALU, 9 Mac (Bernama) -- Pasukan Gerakan AM (PGA) menahan 16 individu termasuk empat wanita dan merampas lebih RM4.57 juta barangan sejuk beku dalam beberapa serbuan Ops Taring Chiller di premis mengedar makanan tanpa permit, di tujuh daerah di Sabah, Jumaat lepas.

Komander PGA Briged Sabah Datuk SAC Abdul Rani Alias berkata kesemua mereka yang berumur 19 hingga 63 tahun merupakan pekerja dan pemilik premis di Kota Kinabalu, Penampang, Lahad Datu, Keningau, Sandakan, Semporna dan Tawau. 

Beliau berkata 76 pegawai dan anggota polis serta pegawai veterinar terlibat dalam operasi yang bermula kira-kira 10 pagi itu.

“Premis berkenaan dipercayai menjalankan aktiviti mengedar makanan sejuk beku tanpa permit, di samping tidak mematuhi sepenuhnya syarat yang dikenakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah dan Kementerian Kesihatan.

“Antara yang dirampas ialah pelbagai jenis daging, ayam, itik, lembu serta produk sejuk beku lain, dengan jumlah keseluruhan dianggarkan RM4.57 juta, " katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Abdul Rani berkata kes itu di siasat di bawah Seksyen 15(1) Enakmen Haiwan Sabah 2015, Akta Makanan 1983, Peraturan 38 (1)(g), dan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan