Dua Kelindan Maut, Pemandu Cedera Lori Muatan Baja Terbabas  

19/05/2025 07:26 PM

BINTULU, 19 Mei (Bernama) -- Dua kelindan maut manakala pemandu lori muatan baja cedera selepas kenderaan itu terbabas di Kilometer 16, Lebuhraya Pan Borneo, laluan Bintulu-Miri hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.04 pagi. 

Beliau berkata kedua-dua kelindan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana tersepit di tempat duduk dan seorang daripada mereka dikenal pasti sebagai Christon Naim, 31, manakala identiti dua lagi mangsa nahas itu belum diperoleh.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori terbabas ke tepi jalan,” katanya semasa dihubungi di sini. 

Jurucakap itu berkata pemandu lori berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan.

Operasi melibatkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu manakala mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan