TASEK GELUGOR, 27 Mei (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 160 karton minuman keras pelbagai jenama dianggarkan bernilai lebih RM100,000 termasuk cukai dalam serbuan Operasi Intra di sebuah gudang di Kampung Selamat di sini semalam.
Komander PPM Wilayah Satu ACP Rusley Chi Ari berkata serbuan bersama Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Tasek Gelugor itu hasil maklumat oleh Unit Risikan Marin mengenai kegiatan pengedaran minuman keras di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU).
Beliau berkata pihaknya turut merampas satu alat kawalan jauh selain manahan dua lelaki termasuk seorang warga asing.
“Kedua-dua suspek berusia 58 dan 36 tahun itu kini direman hingga 3 Jun untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi berkenaan yang dijalankan selama dua hari bermula Ahad itu melibatkan seorang pegawai dan lapan anggota.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial