LABUAN, 12 Jun (Bernama) -- Jabatan Imigresen (JIM) Labuan menahan 15 pendatang tanpa izin dalam operasi di beberapa lokasi disyaki dijadikan tempat tinggal warga asing itu, semalam.
Pengarah Imigresen Labuan Raymond Entalai berkata mereka terdiri daripada tiga lelaki, enam wanita, empat kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan warga Filipina.
"Kesemua yang ditahan dalam operasi bermula 1 hingga 4 pagi itu berusia antara setahun hingga 77 tahun.
“Mereka disyaki melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke Depot Imigresen Labuan untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial