Warga Emas Rugi Lebih RM700,000 Diperdaya Pelaburan Tidak Wujud

21/06/2025 02:02 PM

GEORGE TOWN, 21 Jun (Bernama) -- Seorang pesara kilang kerugian RM733,000 selepas diperdaya sindiket pelaburan dalam talian pada Mac lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata kejadian bermula apabila mangsa lelaki berusia 66 tahun itu menerima pesanan ringkas berkaitan pelaburan daripada seorang wanita.

“Lelaki itu dijanjikan pulangan keuntungan 10 hingga 15 peratus bagi setiap modal dilaburkan dalam tempoh 20 minit.

“Suspek mengarahkan mangsa mendaftar sebagai ahli menerusi satu aplikasi untuk mula melabur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan telah membuat 25 transaksi pemindahan wang ke tiga akaun bank berbeza pada 7 Mac hingga 24 April sebelum menyedari telah ditipu kerana perlu membuat bayaran tambahan bagi mengeluarkan keuntungan.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya pada Rabu lepas dan Hamzah berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan