Polis Siasat Elemen Kongsi Gelap Dalam Kes Tembak Di Meru

21/06/2025 03:22 PM

SHAH ALAM, 21 Jun (Bernama) -- Polis sedang menyiasat sama ada wujud penglibatan kongsi gelap dalam kes seorang lelaki ditemukan mati di dalam kereta dipercayai akibat ditembak berhadapan sebuah kedai motosikal di Meru, Klang semalam. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao berkata setakat ini pihaknya telah memanggil beberapa individu untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang bekerja sendiri itu sedang menemani rakannya yang mahu membeli motosikal terpakai di kedai terbabit.

“Mangsa didapati ditembak dari jarak dekat manakala proses bedah siasat sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Beliau berkata pihaknya juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan sekitar kejadian. 

Semalam, Vijaya Rao berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 3.37 petang dan setibanya anggota di lokasi telah menemukan mayat warga tempatan berusia 46 tahun di tempat duduk pemandu dalam keadaan mengiring. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan