Polis Tahan Lima Individu Berhubung Kes Tembak Di Brickfields

22/06/2025 05:11 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Polis menahan lima individu bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut ditembak di Brickfields di sini pada 13 Jun lepas.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata kesemua mereka ditahan pada 16 Jun lepas di sekitar ibu negara, namun dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan  diambil.

“Secara keseluruhan, 18 individu telah dirakam keterangan bagi siasatan kes itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 10.50 malam itu, dua lelaki menaiki motosikal melepaskan beberapa das tembakan ke arah sekumpulan lelaki yang sedang makan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan,  Brickfields, menyebabkan seorang maut, manakala dua lagi cedera.

Sementara itu, beliau berkata polis telah merakam keterangan 20 individu setakat ini, berhubung kes kematian seorang lelaki yang ditembak di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Loke Yew, Cheras pada 16 Jun lepas, namun tiada tangkapan dilakukan.

Mohamed Usuf berkata kedua-dua kejadian tembakan itu dipercayai bermotifkan pertembungan kumpulan kongsi gelap memandangkan mangsa mempunyai latar belakang kumpulan kongsi gelap.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan