BUTTERWORTH, 1 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya ditembak individu tidak dikenali dalam kejadian di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Nyior, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa yang berusia lingkungan 40-an dilaporkan terselamat.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang menunggu anaknya pulang dari sekolah sebelum didatangi seorang suspek yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah cermin sisi pemandu sebelum meloloskan diri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
Terdahulu, beberapa keping gambar berkaitan kejadian telah tular di media sosial.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial