KOTA BHARU, 18 Julai (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 1,478 unit peranti rokok elektronik (vape) serta 2,890 cecair alatan itu dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Chabang Empat, Tok Mek Ngah, Tumpat semalam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan itu dilakukan menerusi Op Taring Alpha 3 pada sekitar 4.30 petang dengan kerjasama Majlis Daerah Tumpat (MDT).
Beliau berkata semasa serbuan terdapat seorang lelaki warga tempatan berumur 37 tahun di premis berkenaan dan gagal mengemukakan sebarang dokumen serta lesen yang sah daripada MDT berkaitan perniagaan itu.
“Sebanyak 2,890 unit cecair dan 1,478 peranti vape ditemui dalam premis tersebut. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM 273,000 dan hasil rampasan diserahkan kepada MDT untuk tindakan selanjutnya.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(5)(c) Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MDT 2019,” katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial