Polis Tahan Wanita Buang Bayi Di Lahad Datu

21/07/2025 04:28 PM

LAHAD DATU, 21 Julai (Bernama) -- Polis menahan seorang wanita disyaki membuang bayi lelaki yang baru dilahirkannya di Kampung Burung, Jalan Bakawali, di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berkata wanita berumur 30 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu semalam, selepas hadir memberikan keterangan.

“Siasatan awal mendapati wanita itu bersalin di rumah dan meletakkan anaknya di luar rumah selepas panik melahirkan bayi terbabit,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Dzulbaharin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada Jumaat lepas, media melaporkan seorang bayi lelaki ditemukan orang awam dalam keadaan berbalut kain di hadapan sebuah rumah di kampung itu pada 3.06 pagi.

Bayi itu dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut, tetapi meninggal dunia pada 7.02 malam akibat kelahiran pramatang. 

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan