Polis Buru Tiga Individu Larikan Seorang Lelaki Dalam Pergaduhan Di Puchong

23/07/2025 12:13 AM

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Polis sedang mengesan tiga suspek lelaki yang melarikan seorang lelaki tempatan dalam insiden pergaduhan di Jalan Persiaran Puchong Permai, Puchong petang tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 6.38 petang mengenai seorang lelaki dibawa masuk ke dalam sebuah lori oleh beberapa individu.

"Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian berkenaan dan usaha mengesan ketiga-tiga suspek serta mangsa sedang giat dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai insiden itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp G. Dinesh di talian 011-3309 4457 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di 03-78627222 / 03-7862 7100.

Terdahulu tular video berdurasi 15 saat yang memaparkan kejadian itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan