Chalet Berusia Hampir 30 Tahun Musnah Dalam Kebakaran Di Bachok

25/07/2025 11:05 AM

KOTA BHARU, 25 Julai (Bernama) -- Sebuah chalet yang berusia hampir 30 tahun musnah 90 peratus dalam satu kebakaran di Kampung Pulau Belongan, Bachok awal pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zamizi Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada 3.42 pagi, sebelum jentera tiba tujuh minit kemudian di lokasi kejadian.

“Sebaik tiba dilokasi kejadian, pihak anggota mendapati benar terdapat kebakaran yang melibatkan sebuah rumah yang dijadikan Chalet Armada iaitu rumah separuh kekal sedang terbakar sebanyak 90 peratus, namun tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seramai 17 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok serta Pengkalan Chepa yang dilengkapi dengan beberapa jentera berjaya mengawal kebakaran sekitar 4.23 pagi.

Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan