SHAH ALAM, 31 Julai (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor sedang giat memadamkan kebakaran belukar seluas 0.8 hektar (2 ekar) di Pandamaran, Pelabuhan Klang dekat sini malam ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata usaha pemadaman masih dijalankan sejak pihaknya tiba di lokasi kebakaran kira-kira 7.20 petang tadi.
"Bomba dimaklumkan mengenai inisiden melalui panggilan lebih kurang 6.58 petang tadi dan telah menggerakkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas," katanya.
Beliau berkata operasi bagi mengawal kebakaran tersebut melibatkan kekuatan seramai lapan anggota dan pegawai.
Terdahulu, tular di laman sosial video berdurasi 11 saat yang memaparkan api sedang marak dipercayai berhampiran sebuah kawasan perindustrian.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial