SHAH ALAM, 4 Ogos (Bernama) -- Cubaan seorang lelaki untuk meragut rantai leher gagal apabila berjaya ditangkap oleh orang awam dalam kejadian di Jalan Setia Prima, Setia Alam dekat sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata dalam kejadian kira-kira 7.07 petang itu, suspek yang menunggang motosikal mendekati mangsa lelaki warga tempatan berusia 37 tahun yang sedang menuju ke keretanya.
Beliau berkata tindakan pantas mangsa menarik semula rantai menyebabkan suspek warga tempatan berusia 30 tahun terjatuh dari motosikal.
“Suspek cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap oleh orang awam. Siasatan mendapati suspek ialah pemilik motosikal itu, namun menggunakan nombor pendaftaran palsu. Suspek kini direman empat hari hingga 7 Ogos," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah Sarjan Mohamad Hanafi Abdul Ghani melalui talian 010-3728932.
Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, tular video di laman sosial yang memaparkan mangsa bergelut dengan suspek untuk menghalang daripada diragut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial