Bomba Bantu Tangkap Lelaki Bertindak Agresif

15/08/2025 10:17 PM

BUKIT MERTAJAM, 15 Ogos (Bernama) -- Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit membantu polis menangkap seorang lelaki warga asing yang bertindak agresif memegang peralatan tajam di hadapan sebuah restoran di Jalan Kubang Semang, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.46 petang dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Penanti terus ke lokasi kejadian.

"Pihak bomba terima panggilan dari polis memohon bantuan bagi menangkap seorang lelaki warga Myanmar disyaki kurang siuman dalam keadaan tidak berpakaian yang bertindak agresif dengan memegang peralatan tajam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak menyembur air ke arah lelaki itu daripada pam jentera sebelum ditangkap dalam keadaan selamat.

Katanya lelaki itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 5.40 petang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan