JSJ Bukit Aman Rujuk Kertas Siasatan Zara Qairina Kepada Pejabat Peguam Negara Esok

17/08/2025 07:32 PM

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan merujuk semula kertas siasatan kes kematian pelajar Zara Qairina Mahathir ke Pejabat Peguam Negara, esok.

Pengarahnya Datuk M Kumar berkata ia bagi mendapatkan nasihat dan arahan setelah tindakan siasatan lanjut dilaksanakan pasukan khas JSJ Bukit Aman.

Setakat ini, polis telah merakam percakapan 195 saksi antaranya pelajar, guru, pegawai perubatan, warden, pengawal keselamatan dan ibu bapa.

“Siasatan polis memfokuskan kepada dua elemen penting melibatkan siasatan daripada aspek inkues dan perlakuan jenayah lain seperti buli serta penularan berita palsu.

“Polis Diraja Malaysia menyeru masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi atau mencetuskan sentimen yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumar berkata polis memberi jaminan proses siasatan adalah menyeluruh dan telus tanpa melindungi mana-mana pihak.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, di sini pada 17 Julai, selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar pada pagi 16 Julai.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan